Apa khabar semua! Yana kat sini sihat je...Cuma cuaca sejuk kat sini buat Yana tak berapa tahan sangat. Papa ke Malaysia. Tapi dia nak rahsiakan perkara ni daripada Leeya. Seboleh-boleh papa suruh Yana janji supaya jangan bagi tahu Leeya. Dia nak spot check katanya. Tapi kalau Leeya sempat baca blog Yana ni, dia taulah kot hehe…Papa tu memang tegas sikit, iyalah Leeya tu kan anak perempuan. Bila merantau macam tu, mestilah Papa risau. Tapi Mama best, sebab selalu cuba tenangkan Papa dan suruh Papa berfikiran positif. Lagipun Mama percaya yang Kak Ju dan kawan-kawan di Malaysia tu boleh jaga Leeya dengan baik.
Oh ya, Yana akhirnya dapat juga peluang bercakap dengan budak misteri tu. Itupun setelah puas Yana ekori dia lepas habis kelas. Masa dia masuk ke dalam stor, tempat Yana jumpa kapsul tu, Yana terus serbu sama. Terkejut beruk dia tengok Yana. Dia cuba larikan diri, tapi Yana berkeras menghalang. Sampaikan Yana menggunakan sedikit kekerasan. Itu pun tak sengaja. Yana tertendang kaki dia, sampai dia jatuh terduduk. Oppsss…Yana tertendang kuat hehe…tapi dia ok, tak adalah cedera parah sangat. Yana cuma perlukan sedikit ruang untuk bercakap dengan dia.
Masa tulah Yana terus tunjukkan kapsul yang Yana jumpa. Dia tak mengaku yang kapsul tu dia punya. Tapi Yana tak percaya. Oleh kerana dia tengah mengerang kesakitan dan tak berdaya nak bangun, Yana terus rampas begnya. Cuba cari kalau-kalau Yana ada jumpa kapsul tu dalam begnya. Sah, memang betul. Yana jumpa sepeket kapsul tu dalam begnya. Hah, apa lagi, Yana pun bagi lah khutbah yang panjang lebarlah. Yana tegaskan pada dia, bunuh diri bukan jalan penyelesaian kalau ada masalah. Tapi, dia yang masih mengerang kesakitan tiba-tiba menangis. Yana nampak dia pegang dadanya kuat-kuat. Ah! Sudah! Yana pulak yang panik masa tu. Lebih-lebih lagi bila Yana tengok keadaan budak tu yang makin serius. Dia macam tercungap-cungap tak boleh bernafas. Apa lagi, Yana pun cepat-cepat keluar dari stor tu, untuk dapatkan pertolongan.
Budak misteri tu terus dihantar ke hospital. Kenapa dia jadi macam tu masih lagi menjadi tanda tanya. Tapi keadaan dia memang betul-betul buat Yana risau. Balik rumah, Yana terus ceritakan hal tu pada Mama. Yana bukan nak berniat buruk. Yana cuma tak nak dia benda-benda tak elok, tu je. Tapi Yana lebih-lebih lagi rasa bersalah, sebab keluarga dia ada di Malaysia. Mesti mereka pun risau juga. Sejak tu, Yana dan Mama kerap ke hospital untuk melawat budak misteri tu. Harap-harap dia cepat sembuh.
![]() |
![]() |
![]() |
|
|
|
|
![]() |
![]() |
![]() |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
![]() |
![]() |
![]() |
|
|
|
|
![]() |
![]() |
![]() |